top of page

Jihad

Kata jihad berasal dari kata “jahada” atau ”jahdun” (جَهْدٌ) yang berarti “usaha” atau “juhdun” ( جُهْدٌ) yang berarti kekuatan.  Perkataan Arab "jihad" sering diterjemahkan sebagai "perang suci", tetapi dalam erti kata dari segi bahasa, perkataan "jihad" ertinya berjuang atau berjihad. Istilah Arab untuk perang suci ialah: "al-harb al muqadis".  Jihad juga bermakna mengeluarkan segala kesungguhan, kekuatan, dan kesanggupan pada jalan yang diyakini (diiktikadkan) bahwa jalan yang benar.  Secara umum, sebagian ulama mendefinisikan jihad sebagai “segala bentuk usaha maksimal untuk penerapan agama Islam dan pemberantasan kezaliman serta kejahatan, baik terhadap diri sendiri maupun dalam masyarakat.” 

Malah, Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 190:

وَقَاتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَكُمْ وَلَا تَعْتَدُوا ۚ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ

Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh.

Al Wala Wal Bara

Merujuk kepada kamus Ibn Faris Arab, Mu'jam Maqayis Al-Lughah, perkataan wala ' dari segi bahasa bermakna kasih sayang, kesetiaan, penjagaan atau pemilikan. Ia juga membawa erti ‘bebas daripada sesuatu '. Di samping itu, Bara’ membawa makna yang berbeza seperti pemutusan, penciptaan, kebebasan, untuk mengatasi dan makna asas adalah untuk berhubungan dengan sesuatu atau seseorang. Dalam konteks Islam, istilah Al-wala 'wal-bara' merujuk kepada kepercayaan, tindakan dan kata-kata umat Islam yang berkenaan hubungan kepada Allah, dan menarik diri daripada dan menentang semua yang mengingkari Allah.

Islam mengajar keamanan dan kasih sayang.  Pandangan bahawa semua orang adalah sama ada rakan atau musuh. Malah, Allah s.w.t berfirman dalam Surah Al-Mumtahanah, ayat 8:

لَّا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

TAKFIR

Takfiri  adalah satu istilah yang diberi apabila seorang Muslim menuduh Muslim lainya (atau kadang juga mencakup penganut ajaran Agama Samawi lain) sebagai kafir dan murtad.  Tuduhan itu sendiri disebut takfir, berasal dari kata kafir (kaum tidak beriman), dan disebutkan sebagai "orang yang mengaku seorang Muslim tetapi dinyatakan tidak murni Islamnya dan diragukan keimanannya."  Tindakan menuduh Muslim lain sebagai "kafir" telah menjadi suatu bentuk penghinaan, yaitu seorang Muslim menuduh Muslim sekte atau aliran lainnya sebagai kafir. Tindak kekerasan yang berawal dari tuduhan mengkafirkan Muslim lain kian marak dengan merebaknya ketegangan antara Sunni dan Syiah di Timur Tengah. 

Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


أَيما رجُل قال لِأَخِيْهِ : يَا كَافِرُ, فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا , فَإِنْ كَانَ كَمَا قَالَ وَ إِلاَّ رَجَعَتْ عَلَيْهِ


“Apabila seseorang menyeru kepada saudaranya: Wahai kafir, maka sungguh akan kembali sebutan kekafiran tersebut kepada salah seorang dari keduanya. Bila orang yang disebut kafir itu memang kafir adanya maka sebutan itu pantas untuknya, bila tidak maka sebutan kafir itu kembali kepada yang mengucapkan.”
Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu juga menuturkan hal yang sama dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:


مَنْ دَعَا رَجُلاً بِالْكُفْرِ , أَوْ قَالَ : عَدُوَّ اللهِ, وَ لَيْسَ كَذَلِكَ إِلاَّ حَارَ عَلَيْهِ


“Siapa yang menyeru kepada seseorang dengan sebutan kekafiran atau ia mengatakan: Wahai musuh Allah, sementara yang dituduhnya itu tidak demikian maka sebutan tersebut kembali kepadanya.”

KHALIFA

Hampir 13 abad yang lalu, sejak dari kewafatan Nabi Muhammad (s.a.w) pada tahun 632 hingga penggulingan khalifah Uthmaniyyah yang terakhir pada tahun 1924, dunia Islam telah diperintah oleh Khalifah. Istilah 'Khalifah' bermaksud pengganti atau timbalan. Khalifah dianggap pengganti kepada Nabi Muhammad (s.a.w).

Pendapat Ulama Islam atas penubuhan suatu kepimpinan khalifah untuk mewujudkan kuasa adalah dari dua cara:

1- Cara yang keras di mana seseorang mengambil alih kepimpinan dengan kekerasan dan tanpa berunding dengan orang-orang yang berkuasa dan pengetahuan dalam sesuatu Ummah.

2- Cara yang seharusnya, seperti yang dinyatakan dalam syari'at Islam. Ini adalah apabila Ahl Hal Wal Aqd, atau mereka yang mempunyai kuasa dan pengetahuan dalam Ummah memberi Bai'ah kepada orang tertentu.

 

Dalam kes ISIS, Ummah dan Ulama tidak di beritakan dan pengetahuan dalam pemberi Bai'ah kepada Abu Bakr Al Baghdadi. Dengan cara begini, kepimpinan Abu Bakar AlBaghdadi tidak sah dari segi tuntutan IS.

bottom of page